We help to create visual
strategies.
We want to hear from you. Let us know how we can help.

Contact with Us

Tidak beberapa lama lagi peperiksaan SPM akan menjelang, antara doa buat anak-anak
DOA UTK ANAK MENGHADAPI PEPERIKSAAN
BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM.
Ya Allah,
Hari ini anak2 kami sedang menduduki peperiksaan..Kami mohon kepada Mu ya Allah bantulah anak-anak kami dalam peperiksaan yang mereka hadapi ya Allah.
Ya Allah,
Peliharalah kesihatan anak -anak kami ini di hari peperiksaan nanti.Permudahkanlah mereka menjawab soalan ketika peperiksaan nanti.Berikanlah ketenangan kepada mereka ketika menjawab soalan, jauhilah mereka daripada resah dan gelisah ketika menjawab soalan peperiksaan.
Ya Allah,
Apa yang kami doakan ini bukan untuk diri anak – anak kami sahaja, tetapi apa yang kami doakan ini juga untuk anak – anak jiran – jiran dan sahabat kami ya Allah. Berikanlah mereka kejayaan yang cemerlang di dunia dan di akhirat ya Allah.
Ya Allah,
Perkenankanlah doa – doa kami ini.
Amin Ya Rabbalalamin buat anakku Mohammad Izzul Afif bin Azman
DOA DAN ZIKIR UNTUK ANAK MENGHADAPI PEPERIKSAAN
rangkaian zikir yang disarankan oleh Datuk Dr Ustazah Norhafizah Musa.
Allahumma
Ya Alim Ya Hakim Ya Roshid (40 kali)
Bicara hati: Ya ALLAH Alirkan kebijaksanaan ke dalam minda anakku agar dia dapat menjawab dengan baik.
Allahumma
Ya zohir (40 kali)
Bicara hati: Ya ALLAH Engkau nampakkan jawapan yang betul dalam minda anakku kerana Engkau Maha Menampakkan
Allahumma
Ya Fatah (40 kali)
Bicara hati: Ya ALLAH bukakanlah minda anakku seluas langit dan bumi agar dia nampak segala jawapan yang betul.
Allahumma
Ya Baari’ (40 kali)
Bicara hati: Ya ALLAH aku serah seluruh jiwa raga anakku hanya kepada-MU Engkau uruskan sebaik-baiknya sepanjang dia exam ini Ya Allah. Kau aturlah otak dan minda juga jari-jemarinya untuk menjawab dengan pimpinanmu Ya Hadi.
Aku yakin hanya kuasa-MU sahaja Ya ALLAH, aku tiada daya (sekali).
“Ulangilah zikir ini sepanjang anak menghadapi peperiksaan. Bayangkan anak-anak sedang menjawab dengan betul dan senyum.
